Seluruh Warga STAR telah berganding bahu dalam program gotong royong untuk mengindahkan kawasan sekolah. Menurut guru STAR, En Mohd Rizal Abd Rahman, tujuan gotong royong ini diadakan bukan hanya untuk memperindahkan kawasan sekolah, tetapi lebih kepada pembinaan sahsiah pelajar supaya turut mempunyai semangat sayangkan sekolah dan turut berusaha mencantikkan kawasan sekolah mereka. Apabila pelajar berkerjasama memperindahkan kawasan sekolah, ia akan memupuk rasa sayang kepada sekolah dan seterusnya pelajar akan menjaga persekitaran sekolah mereka dengan lebih bertanggungjawab.
Kehadiran pelajar dan guru yang mengambil bahagian adalah 100 peratus, ini membuktikan bahawa pelajar STAR sentiasa positif dan mengambil berat akan sekolah mereka. Pengetua STAR, Hj Jamil Ibrahim melahirkan rasa gembira dengan penglibatan semua pihak dalam program ini.
Program gotong royong ini adalah dijalan secara serentak diseluruh negara, iaitu sebelum sambutan Hari Guru pada esoknya. Diharapkan dengan perlaksanaan program seumpama ini, seluruh warga pendidikan akan mengambil bahagian dengan aktif demi kemajuan pendidikan di Malysia.
Sumber : Rezalstar
Tidak ada komentar:
Posting Komentar